Rakyat Malaysia yang melepaskan kewarganegaraan mereka meningkat 23 peratus kepada 2,206 pada tahun lalu, berbanding 1,787 pada tahun 2014.
Ini adalah mengikut perangkaan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berdasarkan jumlah yang mengeluarkan semua simpanan utama di KWSP.
"Bagi tahun 2014, terdapat 1,787 permohonan atas alasan meninggalkan negara dan ini membabitkan RM99 juta.
"Betul, terdapat sedikit peningkatan, tetapi tiada yang drastik (dari segi pengeluaran)," katanya.
Sharil Ridza juga pada sidang akhbar itu berkata sesetengah pencarum mungkin kehilangan sebanyak RM20,000 hingga RM25,000 jika mereka memilih untuk mengekalkan kadar caruman KWSP mereka pada lapan peratus.
Kerajaan baru-baru ini mengumumkan bahawa pekerja boleh memilih untuk menyumbang lapan peratus dan bukannya 11 peratus seperti sebelumnya.
"Kami sentiasa galakkan ahli untuk menyimpan wang mereka untuk dilaburkan selama mana yang mungkin.
Sukar bagi kita bercakap secara umum kerana keperluan setiap ahli adalah berbeza.
"Perkara menarik adalah bahawa tindakan adalah secara sukarela. Ada yang mendapat manfaat dengan mempunyai lebih banyak wang dalam poket mereka," katanya.
Beliau menjangkakan kira-kira separuh jumlah pencarum akan memilih terus membuat sumbangan 11 peratus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan