HALAMAN SANTAI

Sabtu, 20 Februari 2016

'Tutup bab lama', Zahid minta masyarakat Cina sokong Adenan

MALAYSIAKINI


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta masyarakat Cina memberi sokongan penuh kepada kepimpinan negeri ini yang diterajui Tan Sri Adenan Satem, dalam pilihan negeri Sarawak akan datang.

"Kita kena tutup bab lama, buku lama mengenai pilihan raya sebelum ini (apabila masyarakat itu menyokong pembangkang di kebanyakan kerusi bandar).

"Sesungguhnya, Adenan mengotakan apa yang beliau kata iaitu mahukan negeri ini maju dan makmur serta bersikap adil terhadap semua kaum. Orang lain pula, mereka hanya mampu mengkritik, tetapi tidak menyumbang apa-apa secara bermakna.

"Mereka bercakap tentang keamanan dan kestabilan, tetapi, sebenarnya, merekalah menggoncang bot pada setiap masa," kata Ahmad Zahid.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Majlis Bandaraya Kuching Selatan di Kuching hari ini.- Bernama


Tiada ulasan: