HALAMAN SANTAI

Sabtu, 20 Februari 2016

Wujud Briged Bantuan Bencana di setiap negeri

SINAR HARIAN


Shamsul Anuar Nasarah
Shamsul Anuar Nasarah


MELAKA TENGAH - Biro Kebajikan Umno Malaysia akan mewujudkan Briged Bantuan Bencana di setiap negeri bagi memastikan sistem penyampaian serta bantuan dapat disalurkan dengan lebih cepat dan cekap kepada mangsa bencana.

Pengerusinya, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, briged yang akan ditubuhkan dalam masa terdekat ini akan melibatkan seramai 300 ahli parti yang terlatih di peringkat akar umbi sekali gus menjadi platform Umno untuk memainkan peranan dengan lebih tersusun dan berkesan ketika rakyat menghadapi musibah bencana di seluruh negara.

Menurutnya, namun ia tidak bermaksud mereka mengambil alih fungsi Jabatan dan agensi Kerajaan yang telah diwujudkan kerajaan, tetapi bertindak sebagai pelengkap kepada agensi dan jabatan kerajaan yang ada.

"Apa yang penting Biro Kebajikan Umno tidak hanya membantu ketika bencana kerana fungsi serta peranan Biro mesti lebih menyeluruh kerana isu membela kebajikan rakyat tidak akan habis.

"Maka peranan Biro mesti lebih menyeluruh serta berfokus kerana aspek kebajikan ini amat luas," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Pakaian Sekolah kepada Anak-anak Mangsa Banjir dari Biro Kelab Umno di Kompleks Sukan Komuniti, Hang Jebat, hari ini.


Tiada ulasan: