Menurut
satu kajian yang dibuat oleh sebuah firma bebas, hanya 3% rakyat
Malaysia sahaja menyokong 'Blok Ketiga' yang diwujudkan oleh PAS besama
rakan barunya, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).
Fakta
itu diperolehi oleh Ilham Centre berdasarkan satu kajian yang dibuat
oleh mereka untuk penggal pertama tahun 2016, kata Pengerusi
Eksekutifnya, Mohamad Hisomuddin Bakar.
Fakta ini didedahkan oleh Hisomuddin dalam satu forum yang diadakan di Universiti Malaya Rabu lepas.
Kajian
bertajuk "Penerimaan rakyat terhadap kerajaan dan isu semasa (Suku
Pertama 2016) itu dibuat antara 1 - 30 Mac 2016 dengan menemubual 1825
responden secara berdepan di seluruh Semenanjung Malaysia.
"Kajian
penuh kami belum sebarkan lagi. Saya hanya bentangkan 4 slide saja
dalam forum itu," kata Hisomuddin ketika dihubungi Malaysia Dateline.
Berdasarkan
kajian itu, responden ditanya, "Sekiranya PRU diadakan sekarang, parti
manakah yang menjadi pilihan anda untuk membentuk kerajaan?".
Barisan
Nasional (BN) kekal menjadi pilihan utama rakyat negara ini apabila 38%
dari mereka berkata mahu mengundi BN diikuti dengan Pakatan Harapan
26%.
Namun 23% dari mereka enggan menjawab soalan itu, 9% tidak mahu keluar mengundi dan 1% lagi mahu mengundi calon bebas.
Ketika
ditanya, siapakah Blok Ketiga yang dimaksudkan dalam kajian itu,
Hisomuddin menjawab "Blok Ketiga merujuk Pas dan Ikatan ikut fahaman
responden yang ditemui masa kajian dilakukan."
Pada
16 Mac lepas, Pas mengumumkan pembentukan satu blok baru bersama Ikatan
dalam satu pengumuman yang dibuat melalui satu sidang media di Pejabat
Agung Pas, Kuala Lumpur.
Bercakap kepada media selepas majlis pengenalan itu, Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pertemuan hari itu "membuka ruang ke arah pembinaan kumpulan persefahaman" yang lebih tersusun.
Bercakap kepada media selepas majlis pengenalan itu, Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pertemuan hari itu "membuka ruang ke arah pembinaan kumpulan persefahaman" yang lebih tersusun.
Katanya,
Pas membawa model politik matang, terbuka, bertanggungjawab, bersih dan
sejahtera bersama parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan
yang ingin turut serta dengan idea berkenaan.
"Pendekatan
ini juga menuntut kami supaya bergerak di atas teras penyelesaian dan
politik membina, di samping menolak budaya politik oportunis, kasar dan
perkauman sempit," katanya.
Di atas prinsip itulah, kata Takiyuddin, maka pada hari ini "bermulalah satu kerjasama politik di antara Pas dan Ikatan.
Ikatan
adalah sebuah parti baru diketuai bekas menteri, Tan Sri Abdul Kadir
Sheikh Fadzir yang ditubuhkan pada 2012 tetapi hanya didaftarkan pada
2015.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan