RAFIZI RAMLI

Saya sebenarnya telah mendedahkan perkara ini kepada media semalam
tetapi nampaknya tidak ada yang berani menyiarkan kerana risiko disaman.
Saya dedahkan ini untuk menunjukkan bagaimana keseluruhan sistem dan
amalan kerajaan di bawah Najib Razak bergelumang
dengan risiko rasuah dan ketirisan; dari jumlah yang kecil di bawah
sehingga RM2.6 bilion di peringkat teratas.
Saya sertakan dokumen dan
bukti di sini. Mohon sebarkan.
PERJANJIAN JUAL BELI MALAYSIA HALL PERTH DENGAN SYARIKAT BERBEZA, KAITAN PEMILIK SYARIKAT DENGAN AHLI POLITIK UMNO
Saya telah mendedahkan semalam bagaimana sebuah syarikat iaitu Miltech
International Pty Ltd telah menjual bangunan Malaysia Hall Perth kepada
Kerajaan Malaysia pada harga yang 58% lebih mahal dari harga pasaran
(yang dibeli hanya 9 bulan sebelum dijual kembali kepada Kerajaan
Malaysia).
Saya sertakan kini muka depan Perjanjian Jual Beli di antara Kerajaan
Malaysia (yang diwakili oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan) dengan
Mil-Tech Sdn Bhd.
https://drive.google.com/…/0B2GRLI8QVQQgMW1uSzdqbWlMO…/view…
https://drive.google.com/…/0B2GRLI8QVQQgMW1uSzdqbWlMO…/view…
Semakan dengan Suruhanjaya Syarikat (carian syarikat disertakan)
menunjukkan bahawa Mil-Tech Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang dimiliki
oleh seorang ahli perniagaan bernama Datuk Adi Munawar Md Din dan
isteri beliau Datin Norafida Abu Samah.
https://drive.google.com/…/0B2GRLI8QVQQgMlFwZTNqdFdye…/view…
https://drive.google.com/…/0B2GRLI8QVQQgMlFwZTNqdFdye…/view…
Berdasarkan dokumen carian hartanah Malaysia Hall Perth yang saya
tunjukkan semalam, bangunan itu dijual kepada Kerajaan Malaysia oleh
sebuah syarikat bernama Miltech International Pty Ltd.
Saya sertakan bersama carian syarikat Australia bagi Miltech
International Pty Ltd yang menunjukkan bahawa syarikat tersebut dikawal
dan dimiliki secara majoriti oleh Datuk Adi Munawar Md Din.
https://drive.google.com/…/0B2GRLI8QVQQgX3hZVUgyc0FDe…/view…
https://drive.google.com/…/0B2GRLI8QVQQgX3hZVUgyc0FDe…/view…
Maka, saya boleh simpulkan bahawa individu yang bertanggungjawab menjual
bangunan Malaysia Hall Perth kepada Kerajaan Malaysia pada harga 58%
lebih tinggi dari harga pasaran adalah Datuk Adi Munawar Md Din melalui
pegangan beliau di dalam Miltech International Pty Ltd dan Perjanjian
Jual Beli dengan Mil-Tech Sdn Bhd.
Semakan latar belakang Datuk Adi Munawar Md Din menunjukkan beliau
seorang ahli perniagaan yang ada beberapa kepentingan perniagaan bersama
dengan beberapa pemimpin Umno setempat. Syarikat utama beliau ialah
Pembinaan Jaya Zira Sdn Bhd (PJZSB) yang mana beliau sendiri adalah
Presiden. Pengerusi PJZSB adalah Dato’ Ruslan Ali Omar dan Timbalan
Presiden PJZSB adalah Dato’ Dr Hj Baderisham Hj Jolly (semak http://www.pjzsb.com/about-us/top-management/).
Dato’ Ruslan Ali Omar dikenali sebagai salah seorang veteran Umno dan
merupakan Pengerusi Penaja Veteran Umno Bahagian Bukit Bintang (semak http://veteranumnowp.blogspot.my/…/veteran-umno-pembela-ahl…).
Beliau juga pernah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah KUB Berhad,
sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Umno. Beliau dilantik menjadi Ahli
Lembaga Pengarah KUB Berhad bersama-sama Dato’ Hafarizam Harun iaitu
peguam Umno dalam tahun 2011.
Dato’ Dr Hj Baderisham Hj Jolly adalah bekas calon Umno di DUN Lembah
Jaya, Ampang dalam Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu. Ucapan beliau dalam
salah satu kempen PRU13 boleh ditonton dihttps://www.youtube.com/watch?v=s3bLgwbkW7c. Beliau adalah bekas Ketua Pemuda Umno Bahagian Bukit Bintang.
Fakta-fakta yang saya tampilkan ini menimbulkan beberapa perkara khusus
yang perlu dijawab oleh Menteri Pendidikan Tinggi (sekarang) Dato’ Seri
Idris Jusoh dan Menteri Pendidikan Tinggi (ketika itu) Dato’ Seri Khaled
Nordin:
1. Kenapa Kerajaan Malaysia menandatangani perjanjian jual beli dengan
Mil-Tech Sdn Bhd yang tidak memiliki bangunan Malaysia Hall Perth?
Walaupun kedua-dua syarikat dimiliki dan dikawal oleh orang yang sama
iaitu Dato’ Adi Munawar Md Din, secara undang-undangnya Kerajaan
Malaysia memeterai perjanjian dengan sebuah syarikat yang tidak memiliki
bangunan tersebut. Apakah perjanjian-perjanjian tambahan yang telah
dimeterai untuk memastikan hakmilik dan hak-hak Kerajaan Persekutuan
yang lain dilindungi sepenuhnya?
2. Keterlibatan Dato’ Adi Munawar Md Din dengan pemimpin Umno di
peringkat bahagian seperti Dato’ Ruslan Ali Omar dan Dato’ Baderisham
Jolly menimbulkan syak wasangka sama ada hubungan baik dan kepentingan
perniagaan bersama dengan pimpinan Umno membuka jalan kepada Kerajaan
Malaysia membeli bangunan ini dari Dato’ Adi Munawar pada harga yang
lebih tinggi berbanding harga pasaran?
Saya menampilkan kes ini untuk menunjukkan bagaimana masalah
penyelewengan berlaku dari peringkat atasan hinggalah ke bawah dan
merupakan punca utama kesengsaraan rakyat yang kini terpaksa menanggung
GST gara-gara Kerajaan Persekutuan kekurangan hasil.-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan