Keputusan
kerajaan untuk membiarkan pasaran menentukan harga minyak masak akan
mengurangkan masalah penyeludupan bahan tersebut terutama di kawasan
sempadan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, minyak masak di dalam kampit (polybag) lebih sukar diseludup berbanding minyak-minyak masak di dalam botol.
"Dengan pengekalan subsidi hanya kepada minyak masak dalam kampit seberat satu kilogram, pihak penguatkuasaan akan lebih mudah untuk menjalankan tugas mereka.
"Malah, ia juga akan menyukarkan pihak penyeludup yang selama ini lebih berminat terhadap minyak di dalam botol. Kalau di Golok pun (sekiranya berlaku penyeludupan minyak masak), penguatkuasa kita masih boleh membuat sekatan.
"Lagi pun ianya lebih mudah sebab kita boleh nampak kotak-kotak (minyak masak kampit) tersebut berbanding selama ini apabila mereka menyeludup minyak masak di dalam botol," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program NH Korea @ Pasarnita di Menara MARA di sini hari ini.
Ketika ditanya adakah terdapat kemungkinan kuota minyak masak bersubsidi akan dinaikkan berikutan pertambahan permintaan selepas harga minyak masak di dalam botol ditentukan pasaran, Hamzah menjelaskan, tiada keperluan untuk melakukan sedemikian.
Ini kerana mengikut kajian kementerian, secara purata setiap rakyat Malaysia menggunakan kira-kira 1.5 kilogram minyak masak sebulan atau 45,000 kilogram sebulan manakala kuota minyak masak ketika ini adalah 85,000 kilogram sebulan.
Bemula hari ini, harga minyak masak akan ditentukan oleh pasaran kecuali minyak masak di dalam kampit seberat satu kilogram yang masih kekal pada kadar RM2.50 sekilo.-MalaysiaGazette

Tiada ulasan:
Catat Ulasan