HALAMAN SANTAI

Khamis, 1 Disember 2016

Umno Bahagian Pagoh tetap setia bersama parti

ANTARAPOS.COM


Post Pic


KUALA LUMPUR: Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan Umno Bahagian Pagoh masih setia dan berjuang demi kelangsungan parti.

Beliau yang juga Pengerusi Perhubungan Umno negeri berkata, sejarah membuktikan parti itu akan terus maju dan kuat walaupun berdepan pelbagai rintangan serta cabaran.

"Saya melihat satu perkara bahawa orang Umno di Johor ialah mereka yang mengutamakan parti dan kita boleh lihat sedangkan pengasa parti ini, Datuk Onn Jaafar meninggalkan parti, Umno tetap kuat dan berjaya.

"Ini kerana ahli dan pemimpin Umno di Johor menerima dan memahami parti ini ialah satu wardah untuk orang Melayu," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas ucapan dasar Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak di Perhimpunan Agung Umno 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Tiada ulasan: