shahbudindotcom
Timbalan
Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi hari ini tampil menjelaskan bahawa
pembatalan undangan kepada Tun Mahathir Mohamad ke istiadat melafaz dan
menandatangani surat sumpah jawatan Yang Dipertuan Agong ke 15 di Istana
Negara, Selasa lalu bukan atas arahan Pejabat Perdana Menteri.
Menurutnya, beliau telah membuat semakan terhadap perkara itu dan mendapati urusan tersebut adalah di bawah kuasa Istana Negara.
"Bahagian
istiadat hanya menerima arahan. Jangan salahkan bahagian istiadat
Jabatan Perdana Menteri atau Pejabat Perdana Menteri sendiri.
"Kalau
tidak berpuas hati sila menghadap Yang Dipertuan Agong untuk
mendapatkan penjelasan, jangan salahkan orang lain," kata Zahid lagi.
Tapi,
hari ini sudah 16hb Disember sedangkan berita mengenai pembatalan
jemputan kepada Tun Mahathir itu sudah tersebar sejak 7hb Disember lagi?
Kenapa Zahid mengambil masa begitu lama untuk membuat semakan?
Bukankah sebagai orang nombor dua dalam kerajaan, Zahid sepatutnya boleh membuat semakan dengan lebih cepat lagi?
Bukankah
juga, Khairy Jamaluddin sudah mengingatkan bahawa sebarang dakwaan
mengenai kerajaan mesti dijawab atau dijelaskan dalam tempoh tidak
melebihi dua hari?
Marahlah KJ kalau macam ni....
Namun,
ke mana KJ sendiri menghilang diri untuk menjawab dakwaan Mukhriz
Mahathir yang dibuat pada 10 Disember lalu bahawa beliau pernah
menghantar surat perletakan jawatan kepada Najib kerana tidak berpuas
hati dengan penjelasan mengenai 1MDB?


Tiada ulasan:
Catat Ulasan