Misi PAN sekadar mahu balas dendam
KESUNGGUHAN parti serpihan mahu merampas
Kelantan dilihat lebih berpangkal kepada dendam selepas kecewa tidak
mendapat mendapat pada Muktamar PAS 2015.Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi
berkata sehingga sekarang tidak nampak perjuangan Parti Amanah Negara
(PAN) berpaksi kepada dasar parti yang sebenar.Katanya mereka dilihat lebih bersifat emotif dan dendam selepas tewas pada pemilihan muktamar 2015.“Kerana dendam terbit pula fitnah-fitnah yang dilontar mengenai
pelbagai isu terhadap kerajaan negeri dan PAS,” katanya di Kota Bharu.Sebelum ini, Presiden PAN Mohamad Sabu dilapor berkata parti itu
sedia menggantikan PAS mentadbir Kerajaan Kelantan pada pilihan raya
umum ke-14 (PRU 14).Menurutnya, usaha itu dibuat kononnya bagi `menyelamatkan’ kerajaan
Islam yang ditubuhkan Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.Che Abdullah yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata kalau
dilihat berdasar gerak kerja, PAN bersungguh-sungguh mahu bertembung di
Kelantan.“Apabila berputik dendam, orang hendak nasihat pun payah. Mereka
enggan mendengar. Kalau berpangkal kepada pemikiran strategik, itu lain
pula.“Sepatutnya pakar strategi mereka boleh nasihatkan kesan pertandingan tiga penjuru akan memberi impak negatif. “Dalam isu PAN saya lihat lebih berpangkal kepada dendam,” ujarnya. - HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan