ANTARAPOS.COM
KUALA LUMPUR: Debat Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri
Mohamed Nazri Aziz dengan Tun Dr Mahathir Mohamad akan berlangsung di
Padang Rengas, Perak bermula jam 3 petang pada 25 Mac ini.
Nazri yang mengesahkan perkara itu berkata beliau akan berdebat
mengenai isu berbangkit dalam negara seperti skandal Bumiputra Malaysia
Finance (BMF).
Katanya, pihaknya tidak meletakkan sebarang syarat atau terma tertentu dalam penganjuran debat itu.
"Ini makluman terbaru (mengenai debat dengan Dr Mahathir) yang saya terima dari setiausaha akhbar saya.
"Saya akan hadir pada tarikh berkenaan jika semua yang diusahakan (penganjuran debat) berjalan lancar.
"Saya menghormati beliau (Dr Mahathir), kami akan berdebat mengenai isu negara.
"Perkara ini (sesi debat) dianjurkan kerana beliau yang cabar saya,
bukan sebaliknya," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.
Terdahulu, dilaporkan Nazri menyatakan persetujuan di atas persediaan sebuah akhbar menjadi penganjur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan