Oleh Wan Anis Ilyani Wan M Azhar
KUALA LUMPUR: Sikap PAS yang gemar membuat kenyataan kononnya sedang
mengadakan rundingan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hanya
sekadar mengejar populariti.
Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin berkata beliau enggan mengambil
kisah perkembangan rundingan PAS-PPBM, kerana ia tidak menyumbang kepada
prinsip 'satu lawan satu' pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
"Ada banyak kenyataan yang saya rasa ia adalah untuk mendapatkan populariti politik.
"Saya tidak ambil kisah tentang mereka (PAS) yang mahukan populariti
dengan kenyataan itu, dan ia tak akan dapat membantu untuk memastikan
pertandingan satu lawan satu dan menang dalam PRU14," katanya kepada
Antarapos, hari ini.
Reaksi Zuraidah menyusul selepas Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik
Abdullah berkata parti itu akan memutuskan hubungan dengan PPBM jika
benar ia menyertai Pakatan Harapan (PH).
Kelmarin Dr Mahathir mengesahkan partinya menyertai PH, untuk bersama
PKR, DAP dan Amanah demi mendepani Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan
Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Bagaimanapun bekas perdana menteri itu mahu gabungan berkenaan menukar
namanya bagi mendapatkan kesesuaian, selain keperluan untuk logo, simbol
dan manifesto yang sama.
Malah pembangkang juga digesa mewakili satu calon sahaja untuk berdepan dengan BN dalam pilihan raya depan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan