ANTARAPOS.COM
KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim
tidak dipanggil memberi penjelasan terhadap Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) dalam isu penajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA).
"Siasatan mendapati tiada keperluan untuk memanggil Tunku Mahkota
Johor," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low.
Low berkata demikian ketika ditanya sama ada TMJ sebagai “saksi utama" dipanggil memberi keterangan.
MARA pada 31 Januari lalu menggantung tugas Tan Srr Annuar Musa sebagai
pengerusinya berkuat kuasa serta-merta, 20 hari selepas TMJ memuat naik
status tajaan Pelaburan MARA dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL).
Dua badan itu didakwa "dipaksa" untuk menaja skuad Kelantan untuk beraksi dalam perlawanan bola sepak Liga Super.
Soalan itu dibangkitkan oleh Mohamed Hanipa Maidin (AMANAH-Sepang) yang
mahu tahu status siasatan kes yang dikaitkan dengan ketua perangan Umno
itu.
Sementara itu, Low dalam jawapan bertulis di parlimen turut menjelaskan
kes itu telah selesai dan kertas siasatan telah dikemukakan kepada
timbalan pendakwa raya untuk penelitian dan keputusan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan