Oleh Umi Faten Nadia
SHAH ALAM: Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham
Shaharin menyifatkan kesedaran sebahagian peneroka akan menghukum
kerajaan Selangor dan Datuk Seri Azmin Ali apabila mereka memfailkan
saman tuntutan berhubung isu penjualan tanah di mukim Ijok.
Badrul berkata, tindakan 113 peneroka itu akan menentukan sama ada
wujud atau tidak salah guna kuasa yang berlaku terhadap 400 hektar tanah
milik mereka yang dijual secara kontroversi oleh kerajaan negeri
Selangor.
"Pertama sekali, alhamdulillah dan tahniah, tindakan berani kepada
peneroka yang menjadi mangsa skandal tanah PKPS Ijok ini. Mereka dah
jadi mangsa hampir 20 tahun kerana dua syarikat ini gagal.
"Ada sekumpulan peneroka mula sedar, istilah dia adalah 'keadilan dan
hak' perlu dipertahankan bukan masa lagi. Akhirnya, ada peneroka yang
setuju untuk bawa kes ini ke mahkamah," katanya ketika dihubungi
Antarapos.
Skandal tanah Ijok ini bermula apabila tanah itu dibeli dua syarikat,
LBCN Development Sdn Bhd dan Mujur Zaman Sdn Bhd pada 1998.
Namun selepas itu, ia dirampas kerajaan Selangor ketika Tan Sri Abdul
Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar pada 2009 selepas pemaju dilantik
peneroka selaku pemilik tanah, gagal memajukan kawasan berkenaan.
Walau bagaimanapun, selepas kerajaan negeri diambil alih Datuk Seri
Azmin Ali, beliau menyerahkan tanah tersebut kepada dua syarikat pemaju
terbabit.
Dua pemaju itu kemudiannya menjual tanah itu dengan harga RM1.18 bilion kepada pihak ketiga.
Bagaimanapun, pihak peneroka menerima bayaran pampasan mengikut harga
asal tanah walaupun hampir 20 tahun tanah tersebut tidak dimajukan.
Badrul yang lebih dikenali sebagai CheguBard berkata, usahanya memberi
penerangan kepada peneroka berhasil apabila sebahagian peneroka mahu
mengambil tindakan untuk memfailkan saman terhadap kerajaan negeri.
"Yang paling menarik, kes di mahkamah ini bakal digunakan untuk
mengasak kerajaan negeri, Azmin Ali, peguam yang terbabit, Sivarasa
Rasiah, dua syarikat yang gagal. Iaitu syarikat pemaju tersebut dan juga
syarikat pemaju baru, untuk kita heret masuk ke kandang mahkamah dengan
menyerahkan semua dokumen yang berkaitan.
"Dan saya sangat percaya, sepanjang proses mahkamah ini, kepincangan
dan sisi tamak mereka-mereka yang kononnya mempergunakan nama rakyat ini
tapi sebenarnya korup akan kita berjaya dedahkan," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan