HALAMAN SANTAI

Ahad, 19 Ogos 2018

Kenapa dulu PAS bersama PR dan tidak BN?



Jawapan kita ketika itu antaranya ialah :

Kita tahu dalam PR ada non muslim, ada sekuler, ada liberal, ada chauvinist, ada kristian, ada hindu dsb

Namun dalam BN juga ada non muslim, ada sekuler, ada liberal, ada chauvinist, ada kristian, ada hindu dsb

Lalu kenapa ketika itu kita memutuskan bersama PR? Kerana ketika itu nyata bukti BN yang berkuasa rasuah, menyeleweng dan menyalahguna kuasa, menindas dan menekan. Sementara PR masa itu (2008) belum terbukti melakukan perkara-perkara tersebut. Sementelah pula dalam situasi lemah masing-masing berusaha menunjukkan toleransi dan jaminan.

Ketika itu (2008) sudah ada andaian dari pelbagai pihak bahawa DAP hanya berpura-pura baik. Nanti jika dia kuat, dia akan tunjuk toncang dan belangnya. Ya, betul juga kebarangkalian dan andaian itu. Tapi dalam buat keputusan, kita tak boleh sangat mengikut andaian. Mesti fakta dan bukti.

Akhirnya dalam tempoh 2008-2015 telah terbukti DAP menzahirkan permusuhan dan kebenciannya kpd Islam dan undang-undang Islam. Malah lebih dari itu ia menunjukkan kejahatannya dengan mengisytiharkan pemutusan hubungan, menyerang PAS, ulamak PAS dan Presiden terbuka dan bertalu-talu. Bekerja memecahbelahkan PAS dengan terlibat melobi untuk muktamar PAS dan sebagainya.

Kemudiannya ia disambut oleh sebahagian PKR pasca PRU13 berkaitan Kajang Move, penukaran MB Selangor sehingga PRU14. Maka PAS memutuskan untuk tiada lagi pakatan dgn asas peristiwa-peristiwa tersebut.

Menjelang PRU14, PAS menimbang bagaimana strategik politik. Hasil pertimbangan sebelum pilihanraya, keputusan yang dibuat ialah kedua-duanya mudharat dan kedua-duanya berpotensi menang dan berkuasa. Lalu dalam situasi kuasa beli yang masih terbuka dari rakyat, PAS memutuskan untuk bersendirian bersama Gagasan Sejahtera. Lalu keputusannya adalah seperti yang kita semua tahu.

Situasi baru selepas PRU14 mestilah dinilai secara terperinci. Menilai prinsip, sikap dan tindakan semua pihak. Penilaian terhadap PH yang berkuasa dengan segala isu dan tindakan berbangkit. Juga menilai BN dengan segala kebarangkalian. Tetapi antara bukti dan fakta yang berlaku dan andaian terhadap kebarangkalian, mesti ada kaedah yang jelas.

Maka pimpinan Ulama' PAS khasnya Majlis Syura Ulama' ketika ini meneliti hasil laporan postmortem, hasil laporan kumpulan penyelidik, hasil laporan tindakan PH dan BN semasa serta melihat kaedah-kaedah syarak untuk membuat keputusan.

Sehingga setakat PRK Sg Kandis, Sri Setia dan Balakong, PAS menggunakan kaedah Fiqh Muwazanah, menimbang antara dua mafsadah, menimbang antara mafsadah dan maslahah.

Keputusannya ialah tidak menyokong dan tidak mengundi calon PH. Jelas dan terang. Jika nak takrifkan sebagai sokong BN pun silakan. Ahli PAS pernah pangkah calon PKR dan DAP demi pertimbangan syarak yang telah diputuskan oleh syura dan pimpinan PAS. Ada pun untuk move berikutnya, insyaallah pimpinan dan Majlis Syura PAS akan bentangkan selepas retreat PAS Pusat dan diendorst oleh Majlis Syura Ulama'. Setakat hari ini, ahli akan bertindak mengikut keputusan dan pekeliling semasa yang dikeluarkan.

Mungkin ada orang lain yang memilih untuk berijtihad sendiri atau merujuk ijtihad ulama mereka, silakan kalau itu benar-benar ijtihad. Jika sudah begitu ijtihadnya, berlawan dan bertembunglah kita. Ijtihad bukan ikut hawa nafsu, tetapi mengikut panduan syarak. Takkanlah atas alasan berbeza ijtihad, kita nak langgar batas hukum dan kaedah yang telah kita pegang sesuka hati.

Bila natijahnya berlawan, berlawanlah. Janganlah nak bermain ayat-ayat cinta pula.

Tiada ulasan: