HALAMAN SANTAI

Rabu, 29 Ogos 2018

PLUS, kerajaan masih bincang kurangkan tol berperingkat

Wartawan MalaysiaGazette

MGF18012017_PCPLUS11-681x454
Walaupun berdepan sindiran, Abu Sahid bagaimanapun bertegas formulanya adalah yang terbaik buat negara, rakyat, PLUS dan pemegang syer.


KUALA LUMPUR – PLUS Malaysia Bhd (PLUS) dan kerajaan masih membincangkan cadangan untuk pengurangan tol secara berperingkat di lebuh raya yang dikendalikannya.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail dipetik sebagai berkata, perbincangan dijalankan demi mencapai kata sepakat untuk kepentingan kedua-dua pihak.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan kempen Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2018 di Persada PLUS di sini, hari ini.

Semalam, Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Tahir berkata, kerajaan perlu mencari kata sepakat untuk berbincang dengan syarikat konses bagi mengurangkan tol secara berperingkat.

Katanya, kerajaan Pakatan Harapan (PH) konsisten melunaskan janji penghapusan tol secara berperingkat di seluruh negara dengan mengambil pertimbangan kedudukan kewangan negara.

Dalam perkembangan lain, Azman menjelaskan, pihak PLUS sudah melakukan pemeriksaan di setiap plaza tol bagi memastikan ia berada dalam keadaan selamat.

“Selepas kejadian Plaza Tol Bukit Raja yang rosak akibat ribut, kita telah menjalankan pemeriksaan dan menambah baik tahap keselamatan di semua plaza tol,” katanya. -MalaysiaGazette


Tiada ulasan: