HALAMAN SANTAI

Khamis, 30 Ogos 2018

Taikun Thai, artis rap mungkin perantara Jho Low lunaskan bil

MALAYSIAKINI

   
Individu yang dikehedaki polis Malaysia ketika ini, Jho Low, dilapor mendapatkan bantuan seorang ahli perniagaan warga Thai serta bekas penyanyi rap untuk menjadi perantara bagi memudahkannya membayar bil-bil yang diperlukan.

Menurut laporan The Wall Street Journal (WSJ) pihak berkuasa AS kini sedang mengesan dua individu terbabit.

Dilaporkan ahli perniagaan serta bekas penyayi rap itu antara lain membantu Jho Low melunaskan bayaran fi guaman serta penginapan ketika aksesnya kepada sistem kewangan sedunia diekori dengan teliti.

"Jabatan Kehakiman (DOJ) sedang meneliti maklumat bagi menentukan pembabitkan ahli perniagaan Thai, Phengphian Laogumnerd, dan bekas penyanyi rap AS yang juga antara pengasas kumpulan hip-hop Fugees, Pras Michel, memainkan peranan membantu Jho Low membuat bayaran, kata pihak yang tahu hal itu.

"Selama sekurang-kurangnya setahun mereka berkata, Jho Low bergantung kepada Phengphian untuk membayar perbelanjaan penginapannya di Hong Kong dan Macau, selain fi guaman dan khidmat nasihat serta memastikan kapal persiarannya yang bernilai AS$250 juta, Equanimity, dilengkapi kakitangan serta diselenggara sepenuhnya sehinggalah ia disita awal bulan ini," kata laporan berkenaan.

Menurut WSJ lagi penyiasat DOJ sedang meneliti segala rekod dan aliran wang yang ada kaitan dengan pelbagai syarikat milik Phengphian di Hong Kong, selain di Kepulauan British Virgin Islands bagi memastikan sama ada wang Jho Low terbabit atau tidak.

Lapran itu juga memetik wakil Pengphian yang menafikan ahli perniagaan terbabit menerima sebarang wang daripada Jho Low - ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang yang didakwa terbabit dalam skandal 1MDB.

Tak sedar dana dari 1MDB

"Sumber pendapatannya tidak ada kaitan dengan - dan dia tidak menerima sebarang wang daripada - Jho Low

"Sebarang pilihan untuk dia membelanjakan danana sendiri adalah urusannya saja. DOJ tidak pernah menghubunginya untuk sebarang urusan, juga tidak pernah bertanya dari mana sumber dana tersebut," kata jurucakap Pengphian.

Sementara itu peguam Michel juga dipetik sebagai berkata, bekas penyanyi rap terbabit tidak melakukan sebarang kesalahan.

Menurut WSJ, pihak berkuasa AS sedang mengkaji sama ada Jho Low - atau nama sebenarnya Low Taek Jho - menyalurkan puluhan juta dolar melalui perantara bagi melunaskan bayaran untuk pasukan guamannya, yang turut melibatkan tokoh boleh dikaitkan dengan Presiden Donald Trump.

Peguam itu termasuk bekas gabenor New Jersey, Chris Christie, iaitu calon presiden dari Parti Republikan yang kemudian memberikan sokongannya kepada Trump.

Menurut WSJ, turut berada dalam pasukan guaman Jho Low ialah tokoh yang sudah lama bersama Trump, Marc Kasowitz, serta Bobbdy Burchfield yang berkhidmat sebagai pegawai The Trump Organisation.

"Tiada sebarang petunjuk bahawa mana-mana daripada mereka yang akhirnya menerima bayaran itu sedar dana tersebut mungkin berasal dari dana 1MDB," kata laporan berkenaan.

Tiada ulasan: