HALAMAN SANTAI

Selasa, 28 Ogos 2018

Anwar tidak mahu panjangkan isu peribadinya dengan Rahim Noor

Ashwad Ismail, Astro Awani
Anwar tidak mahu panjangkan isu peribadinya dengan Rahim Noor
Anwar mahu semua pihak beri ruang kepada Tun Dr Mahathir untuk buat keputusan terbaik mengenai pelantikan Tan Sri Rahim Noor.
 
KUALA LUMPUR: Kritikan dan bantahan hanyalah sebagai peringatan kisah lampau mengenai kezaliman dan salah guna kuasa.

Itulah pendirian Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai suara-suara dalam Pakatan Harapan yang kuat menolak pelantikan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor sebagai fasilitator Rundingan Damai Selatan Thailand.

"Secara peribadi, saya tidak mahu panjangkan isu peribadi dengan beliau. Tetapi ternyata ramai yang membangkitkannya kerana jenayah yang beliau lakukan itu bukan terhadap saya sahaja. Ramai yang dipukul dan didera dan kini membangkitkan semula isu ini,” kata Anwar ketika rakaman temubual program mingguan AI di Astro AWANI.
–– ADVERTISEMENT ––

Menurut Anwar, apa yang paling penting ialah semua faham bahawa ia bukan berkisar tentang kisah ‘mata lebam’ semata-mata.

"Ada umpamanya pandangan lain seperti ini soal 'Anwar mata lebam', tentulah kalau begitu pandangan kurang arif atau jahil bahawa yang dibicarakan itu bukan soal Anwar. Tapi, ini soal sosok manusia yang zalim dan salah guna kuasa.

“Itu semua sekadar peringatan,” ujarnya.

 ada masa yang sama, beliau mahu semua pemimpin dalam Pakatan Harapan memberi ruang kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membuat keputusan.

“Jadi, saya fikir elok kita memberi ruang kepada PM Tun Mahathir untuk buat keputusan yang terbaik dan mungkin ada peranan khusus yang perlu dilakukan,” kata Anwar.

Banyak lagi komen Anwar dan temubual mingguan AI bersiaran setiap Khamis, 8.30 malam di Astro AWANI.

Tiada ulasan: