KUALA LUMPUR – Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun
dilaporkan hilang dari rumahnya di Bandar Tun Hussein Onn di Cheras
kelmarin sudah ditemui di Seremban, Negeri Sembilan hari ini.
Difahamkan, Farah Amani Mohammad Fauzi ditemui dalam keadaan selamat dan sihat.
Beliau telah dijemput oleh ibu bapa kira-kira 12 tengahari dan sudah kembali ke kediaman mereka di Bandar Tun Hussien Onn.
Difahamkan, punca kehilangan remaja berkenaan masih belum diketahui.
Kelmarin, Farah Amani disedari hilang selepas ibunya mendapati remaja tingkatan tiga itu tidak ada dalam biliknya ketika ingin mengejutkan untuk solat subuh kira-kira pukul 6 pagi.
Bapanya, Mohammad Fauzi Abd. Wahab, 46, pula
melihat kali terakhir anak bongsu daripada dua beradik itu dilihat
kira-kira pukul 11 malam sebelum dia masuk ke bilik untuk tidur.
“Kami cuba menghubungi telefon bimbitnya namun
tidak diangkat. Bagaimanapun, petang tadi kira-kira pukul 5 petang tadi
dia ada menghantar mesej menerusi Instagram kepada ibunya.
“Dia memaklumkan berada di hadapan kedai
serbaneka di Taman Seremban Putra, Seremban di Negeri Sembilan serta
kelaparan. Namun apabila kami cuba menelefonnya, panggilan itu tidak
dijawab,” katanya berdasarkan laporan Utusan Malaysia semalam.
Tambah Mohammad Fauzi, susulan itu, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Tun Hussein Onn dekat sini.
Sementara itu, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir
Mohd. Yusoff mengesahkan menerima laporan itu dan usaha mengesan remaja
terbabit giat dijalankan.-MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan