HALAMAN SANTAI

Isnin, 27 Ogos 2018

Lepas jawatan ATM atau...


Hishammuddin Tun Hussein
Hishammuddin Tun Hussein
 
 
KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menawarkan pekerjaan kepada tiga pengiringnya daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ahli Parlimen Sembrong itu berkata, tiga pengiringnya itu harus melepaskan kedudukan daripada ATM dengan kadar segera sekiranya menerima tawaran berkhidmat dengannya.

"Mereka cukup rapat dengan saya sekeluarga dan telah berkhidmat sekian lama. Mereka dengan saya hanya sementara.

"Saya telah menawarkan kerja tetapi jika mereka terima, mereka harus berhenti dari Angkatan Tentera Malaysia dengan serta merta," tulisnya di Twitter.

[ARTIKEL BERKAITAN: Mat Sabu arah siasat segera pengiring Hishammuddin]

Hari ini, Kementerian Pertahanan memandang serius laporan tiga anggota khas ATM yang didakwa sehingga kini masih menjadi pengiring bekas menteri pertahanan.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, susulan perkara itu, beliau telah mengarahkan siasatan segera dibuat.

"Tindakan akan diambil jika terdapat pelanggaran terhadap amalan dan peraturan sedia ada," katanya.
Beliau berkata demikian mengulas laporan portal Malaysiakini hari ini yang mendedahkan perkara tersebut.

Laporan itu menyebut, sumber ATM dan kementerian pertahanan mendedahkan bahawa dua pegawai tersebut adalah anggota Pasukan Khas Laut (Paskal).

Mereka, masing-masing berumur 37 tahun dan 41 tahun dengan tahun akhir khidmat pada 2020 dan 2021 manakala pegawai pengiring ketiga pula adalah seorang komando.

Tiada ulasan: