HALAMAN SANTAI

Rabu, 29 Ogos 2018

Ibu allahyarham Jamaludin mohon sijil faraid bahagi harta lebih RM2 bilion

Bernama
 fc199ff365a8a42a80e139e1b515a35d5b863676cd2c9-1




KUALA LUMPUR – Ibu bekas menteri, Tan Sri Dr Jamaludin Jarjis yang terkorban dalam kejadian helikopter terhempas pada 2015 memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, bagi mendapatkan sijil faraid untuk pembahagian harta Allahyarham yang dianggarkan bernilai lebih RM2 bilion.

Aminah Abdullah, 84, selaku pemohon memfailkan permohonan itu pada 2 Mac lepas mengikut Seksyen 46(ix) Akta Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 1993.

Peguam Syarie Kamar Ainiah Kamaruzaman memaklumkan permohonan tersebut bagi pembahagian, penyenaraian serta menentukan bahagian-bahagian harta yang ditinggalkan bekas anggota Parlimen Rompin itu kepada waris yang berhak.

“Permohonan ini untuk mendapatkan sijil faraid ke atas harta pusaka Tan Sri, ibu (Aminah) memohon untuk mendapatkan faraid dan kita telah maklum kepada balu Tan Sri, Puan Sri Dr Kalsom Ismail dan anak-anak.

“Harta-harta yang perlu dimasukkan adalah (anggaran) 20 keping tanah, rumah dan tanah kosong, di Malaysia, Amerika Syarikat, Makkah dan syarikat-syarikat arwah. Sama ada di bawah nama arwah atau atas nama anak-anak,” katanya kepada pemberita selepas prosiding pengurusan kes di dalam kamar Pendaftar Mahkamah Tinggi, Siti Zulaiha Mohamad Mansor hari ini.- BERNAMA


Tiada ulasan: