HALAMAN SANTAI

Khamis, 30 Ogos 2018

Senarai barangan cukai SST belum muktamad: Guan Eng


Lim Guan Eng
Lim Guan Eng
 
 
PUTRAJAYA - Senarai barangan dikenakan cukai SST yang dipaparkan di laman web Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) belum dimuktamadkan.

Kementerian Kewangan akan memperbaiki dari semasa ke semasa senarai tersebut dengan mendapat maklum balas daripada semua pihak.

Menterinya, Lim Guan Eng berkata, kerajaan lebih mengutamakan kesejahteraan rakyat berbanding hasil kutipan cukai.

"Ada sesetengah orang tidak suka saya cakap begini, tetapi apa guna kalau ada angka cantik namun rakyat menderita," katanya. pada taklimat SST bersama media di sini hari ini.

Menurutnya, kerajaan menggunakan pendekatan percaya sama percaya terhadap peniaga.

"Jika barangan yang mereka jual berada di bawah pengecualian cukai, peniaga boleh memohon pengecualian dan kelulusan diberikan secara automatik berdasarkan dokumen yang mereka serahkan.

"Tetapi kami akan semak dari semasa," katanya dalam taklimat SST kepada media hari ini.

Beliau berkata, menjelang perlaksanaan SST Sabtu ini, hampir 80,000 peniaga mendaftarkan perniagaan mereka secara automatik daripada MyGST kepada MySST.

Sebanyak 79,966 telah mendaftar dan daripada jumlah itu, 32,577 pendaftaran dibuat di bawah cukai jualan manakala bakinya, 44,874, didaftarkan di bawah cukai perkhidmatan sejak 16 Ogos lalu.

"Kita menjangkakan akan lebih banyak lagi pendaftaran. Saya tahu sistem MySST mengalami masalah teknikal malam tadi, namun ia telah berjaya diselesaikan," katanya.

Tiada ulasan: