Calon
Pakatan Harapan (PH) N.32 DUN Seri Setia, Halimey Abu Bakar bercakap
pada sidang media sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.32 Seri
Setia di Bilik Gerakan Utama Pusat Khidmat Rakyat ADUN Seri Setia,
Petaling Jaya. foto SYAFIQ AMBAK
KELANA JAYA – Pakatan Harapan (PH) mensasarkan sehingga 20 peratus
jumlah anak muda keluar mengundi pada hari pembuangan undi pada Pilihan
Raya Kecil (PRK) Seri Setia, 8 September ini.
Calon PH, Halimey Abu Bakar berkata, pelbagai insentif dan inisiatif
Kerajaan Negeri Selangor yang memberi manfaat besar kepada anak muda
sebelum ini diharapkan dapat mendorong mereka untuk keluar mengundi kali
ini.
“Sasaran kita pengundi anak muda akan keluar mengundi 10 hingga 20
peratus daripada 32 peratus keseluruhan pengundi muda di Dewan Undangan
Negeri (DUN) Seri Setia,” katanya pada sidang media hariannya, di Bilik
Gerakan PH DUN Seri Setia, di sini, hari ini. Calon
Pakatan Harapan (PH) N.32 Dun Seri Setia, Halimey Abu Bakar bercakap
pada sidang media sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.32 Seri
Setia di Bilik Gerakan Utama Pusat Khidmat Rakyat ADUN Seri Setia,
Petaling Jaya. foto SYAFIQ AMBAK
PRK Seri Setia bakal memberi cabaran kepada PH untuk menarik pengundi
khususnya golongan muda keluar mengundi pada 8 September ini
memandangkan PRK Sg Kandis pada pada 4 Ogos lalu mencatatkan jumlah
keluar mengundi di bawah 50 peratus.
Halimey juga berkata, beliau tidak menolak pelbagai usaha dilakukan
pihaknya untuk memastikan pengundi muda yang majoriti menghuni kawsan
Desa Mentari dan Lembah Subang keluar mengundi kali ini.
“Sudah tentu (pengundi muda ramai) di kawasan Lembah Subang dan Desa
Mentari sebab kawasan-kawasan ini berhampiran dengan kawasan industri
“Anak-anak muda ini kebanyakan mereka ini berasal dari kawasan DUN Seri Setia, dibesarkan di sini dan mereka tak mahu keluar.
“Di situlah mereka mencari rezeki dan tinggal dan ada juga yang masih
tinggal dengan ibu bapa mereka yang menetap di DUN Seri Setia,”
katanya.
Ditanya tentang keperluan anak muda di kawasan itu, Halimey berkata,
selain kemudahan riadah, golongan itu juga mahu peluang untuk
mengembangkan perniagaan untuk menambah pendapatan.
“Mereka minta saya bantu mereka juga sebab kata mereka sampai bila kami nak berniaga di tepi jalan.
“Kami nak lebih ke hadapan, jadi peluang-peluang atau pandangan ini
akan saya kumpul dan saya akan bawa Insya-Allah untuk kita perluaskan
lagi,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan