HALAMAN SANTAI

Rabu, 29 Ogos 2018

Tamrin bebas tuduhan hasutan, pendakwaraya akhiri kes



Tamrin bebas tuduhan hasutan, pendakwaraya akhiri kes
Ahli politik  Tamrin Ghafar hari ini dibebaskan daripada tuduhan menghasut atas kenyataan yang dibuat pada tahun 2013 selepas pihak pendakwa memilih untuk menarik balik kes itu di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini.

Langkah itu selaras dengan pengumuman dibuat oleh Jabatan Peguam Negara untuk mengkaji semula kes-kes yang belum selesai di bawah Akta Hasutan.

Hakim Aswarnida Affandi bersetuju dengan Peguam Tamrin, Eric Paulsen, bahawa ahli politik harus dibebaskan sepenuhnya dan pembayaran jaminan akan dikembalikan pada minggu depan.

“Tertuduh dibebaskan daripada semua tuduhan. Wang jaminan akan dikembalikan kepada tertuduh, tetapi disebabkan kerana kes ini di Kuala Lumpur,kita akan memerlukan tempoh tangguh sebelum memulangkan wang itu,” kata Aswarnida.

Manakala Eric Paulsen ketika bercakap kepada media menjelaskan bahawa pendakwaraya telah menulis kepada Jabatan Peguam Negara untuk meminta agar menggugurkan kes itu memandangkan janji Pakatan Harapan untuk memansuhkan undang-undang seperti Akta Hasutan.

Beliau menambah bahawa kerajaan juga harus menggugurkan semua kes-kes tertangguh yang masih belum selesai.

Tamrin bekas ahli parlimen Batu Berendam ini, menyatakan kelegaan dengan pengakhiran perbicaraan yang berlarutan selama lima tahun itu.

Anak lelaki kepada bekas timbalan perdana menteri Tun Ghafar Baba ini, berkata, beliau tidak sepatutnya didakwa hanya kerana memberikan pendapatnya.

“Di bawah rejim lama yang diketuai oleh Najib (Datuk Seri Mohd Najib Razak) kita tidak mempunyai kebebasan bersuara. Alhamdulillah, di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad kita telah mendapat kebebasan bersuara, “kata Tamrin.

Pada 29 Mei 2013 Tamrin bersama aktivis Haris Ibrahim, Safwan Anang dan Naib Presiden PKR Tian Chua didakwa kerana mengucapkan kata-kata menghasut semasa perhimpunan pada 13 Mei tahun itu, hanya beberapa hari selepas pilihan raya umum ke-13.

Tiada ulasan: