HALAMAN SANTAI

Isnin, 27 Ogos 2018

Kalau BR1M rasuah bagaimana dengan Skim Peduli Sihat?

Kasthuri Jeevendran

C. Sivarraajch
C. Sivarraajch

KUALA LUMPUR – Kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengenai Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) ada unsur rasuah tidak dapat diterima.

Ahli Parlimen Cameron Highlands merangkap Ketua Pemuda MIC, Datuk C. Sivarraajch menganggap jawapan yang dikeluarkan oleh bekas Menteri Besar Selangor yang jelas tidak matang serta bertanggungjawab.

Malah katanya, alasan kononnya BR1M perlu dihentikan kerana wujud elemen rasuah berikutan pemberian wang percuma kepada rakyat bukan untuk membantu golongan tidak berkemampuan lebih disifatkannya satu dendam politik semata-mata.

“Saya terkejut seketika adakah jawapan seperti itu keluar dari mulut menteri yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga hal ehwal ekonomi negara kita sebenarnya? Cukuplah.

“Adakah Azmin Ali faham konsep BR1M itu sebenarnya? Anda sepatutnya jauh lebih arif dalam membuat kenyataan berkaitan dasar atau inisiatif kerajaan. BR1M bukan rasuah tetapi inisiatif pemberian tunai cash transfer berdasarkan konsep subsidi untuk bantu golongan tidak berkemampuan khasnya B40.

“Malah inisiatif ini bukan sahaja dilaksanakan di sini malah untuk pengetahuan ianya wujud di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dengan nama The Family Reward Program dan di England Unconditional Cash Transfer Program yang bertujuan membantu mengurangkan bebanan rakyat.

“Saya saran menteri untuk rujuk terlebih dahulu kenyataan media bertarikh 3 Mac 2018 oleh Bank Negara Malaysia (BNM) tentang peranan BR1M terlebih dahulu sebelum sesuka hati keluarkan apa-apa retorik yang disukai oleh anda,” katanya kepada Malaysia Gazette hari ini.

Mohamed Azmin yang senada dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan beliau sedang merancang untuk mengurangkan BR1M dan mengurangkan bantuan berkenaan secara berperingkat sebelum ia dihentikan sepenuhnya.

Tambah Sivarrajch, seandainya Mohamed Azmin dengan begitu lantang mengatakan BR1M itu mempunyai elemen rasuah malah bantuan seumpama itu sebenarnya menyebabkan rakyat malas kerana ia percuma bagaimana pula dengan Skim Peduli Rakyat oleh kerajaan Selangor.

“Skim Peduli Sihat adalah inisiatif Azmin ketika menjawat jawatan Menteri Besar Selangor. Ingin saya katakan hampir 12 inisiatif daripada 18 sebenarnya melibatkan pemberian wang dan perkhidmatan percuma.

“Adakah itu boleh dianggap sebagai unsur rasuah atau sengaja membiarkan rakyat di Selangor malas sehinga perlu disogok dan dimanjakan atau ianya adalah usaha kerajaan negeri yang prihatin dengan bebanan rakyat? Fikir sebelum bercakap. Anda boleh buat apa sahaja tetapi jika kami ianya salah?,” tegasnya.

Sivarraajch turut mengingatkan Azmin dan kesemua kepimpinan kerajaan PH supaya bukan sahaja berhenti memberi kenyataan berbaur politik dendam selain daripada berterusan menuding jari.

“Cukuplah, anda kini bukan lagi pembangkang yang kerjanya asyik cari salah semata-mata.
Sebaliknya, kini tiba masa untuk bekerja dan membuktikan kepada rakyat. Janji 100 hari itupun belum tertunai lagi, sudah macam-macam inisiatif usaha kerajaan terdahulu untuk rakyat di hentikan begitu sahaja.

“Beri penekanan kepada pelaksanaan dasar mahupun program yang mampu membantu mengangkat martabat rakyat seboleh-bolehnya. Sekian terima kasih,” ujarnya. – Malaysia Gazette


Tiada ulasan: