HALAMAN SANTAI

Isnin, 27 Ogos 2018

Cadangan Majlis Penasihat Kerajaan tidak akan didedah kepada awam

Wartawan MalaysiaGazette

Cadangan-cadangan yang dibuat oleh Majlis Penasihat Kerajaan tidak akan didedahkan kepada orang awam, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Cadangan-cadangan yang dibuat oleh Majlis Penasihat Kerajaan tidak akan didedahkan kepada orang awam, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

KUALA LUMPUR – Cadangan-cadangan yang dibuat oleh Majlis Penasihat Kerajaan tidak akan didedahkan kepada orang awam.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, cadangan itu adalah apa yang ingin dikemukakan oleh majlis kepada Perdana Menteri.

“Ia adalah perniagaan kerajaan. Apabila kita membuat keputusan dalam kerajaan, ia tidak perlu didedahkan kepada awam.

“Laporan itu diperlukan bagi membolehkan saya membuat keputusan,” katanya dalam sidang media selepas persidangan Cities 4.0 + Business 4.0.

Dr Mahathir berkata demikian ketika menjawab bila beliau akan mendedahkan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Majlis Penasihat Kerajaan.

Baru-baru ini, Daim berkata, Majlis Penasihat Kerajaan sudah menyempurnakan mandatnya dan akan menyerahkan semua laporan cadangan yang dikemukakan kepada Perdana Menteri.

Dr Mahathir berkata, Majlis Penasihat Kerajaan telah secara sukarela melaksanakan kerja-kerja yang perlu dilakukannya.

Bagaimanapun, kerja-kerja itu tidak dapat dilaksanakan kerana tidak mendapat kerjasama dengan beberapa pegawai kanan kerajaan.

“Kita ada pegawai kerajaan yang telah diambil tindakan oleh (bekas Perdana Menteri) Najib.

“Saya tidak boleh bekerja dengan sebahagian mereka yang ada, tetapi saya tidak mempunyai masa untuk menyelesaikan siapa yang patut diambil tindakan,” katanya.

Majlis Penasihat Kerajaan dibentuk selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum lalu, disertai oleh Tun Daim Zainuddin, bekas Gabenor Bank Negara Malaysia,Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz; bekas Presiden Petroliam Nasional Berhad, Tan Sri Mohd Hassan Marican; taikun perniagaan, Robert Kuok dan Professor Dr Jomo Kwame Sundaram. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: