HALAMAN SANTAI

Khamis, 30 Ogos 2018

BN BELUM ‘MATI’



Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Zambry Abdul Kadir menegaskan Barisan Nasional (BN) masih wujud dan belum mati.

Beliau berkata, BN masih lagi bersama parti komponennya yanh ada iaitu MCA dan MIC selepas mengalami kekalahan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“BN masih wujud tidak boleh terus menyingkirkan MCA dan MIC itu yang mustahak. Walaupun apa orang kata. Sebagai sebuah parti kami (BN) masih wujud selagi tidak ada kenyataan rasmi,” katanya sebagai panel dalam forum A New Malaysia : The Way Ahead di Subang Jaya petang Rabu.

Malah bekas Menteri Besar Perak itu berkata,  sehingga kini BN masih mencari strategi untuk bangun sebagai pembangkang yang kuat.

Antara yang menjadi pertimbangan menurut beliau adalah mewujudkan kerjasama dengan parti lain antaranya PAS.

“Kami perlu melihat kemungkinan perancangan dan tindakan untuk menguatkan parti sebagai sebuah pembangkang. Kalau mahu bekerjasama parti mana mahu bekerjasama ada beberapa kemungkinan pertama dengan PAS atau parti lain,” ujarnya.

Forum yang diadakan di Univerisit Sunway itu  turut dihadiri dua panel iaitu Ahli Parlimen Batang Sadong, Datuk Seri Nancy Shukri dan Ahli Parlimen Lembah Pantai,  Fahmi Fadzil.


Tiada ulasan: