HALAMAN SANTAI

Isnin, 27 Ogos 2018

MASYARAKAT CINA MARAH PH – TUAN IBRAHIM




Masyarakat Cina didakwa mula menyedari pembohongan serta janji palsu yang ditawarkan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam tempoh 100 sehari selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, berikutan itu masyarakat Cina cukup marah selepas merasakan mereka tertipu selepas kerajaan PH gagal menunaikan kesemua janji tersebut.

“PH bukan hanya gagal menunaikan janji malah memberi pelbagai helah yang tidak masuk akal. Ini telah membangkitkan kemarahan masyarakat Cina.

“Masyarakat Cina cukup marah kerana mereka berpegang teguh pada kesetiaan dan janji. Bagi masyarakat Cina ia adalah isu besar kerana bagi mereka pemimpin tidak boleh berbohong,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia pada Ahad.

Yang turut hadir, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad; Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi dan calon PAS PRK DUN Seri Setia, Dr. Halimah Ali.

Sementara itu, Bendahari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat, Kong Tuck Wah berkata, masyarakat Cina perlu menolak parti politik seperti PH yang jelas telah menipu pengundi.

“Parti politik mesti tunaikan janji, hari ini menang pilihan raya minyak turun tetapi minyak turun dalam tangki sahaja sedangkan pada 1999, Kerajaan Terengganu menang, esoknya terus hapuskan tol.

“Ini kerajaan yang kita mahu, jadi saya harap orang Cina jangan menggunakan sebelah telinga sahaja tetapi kedua-duanya iaitu mendengar juga suara kerajaan dan pembangkang,” katanya.


Tiada ulasan: