Pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan (PH) diminta tidak memberi alasan kononnya jangan terburu-buru mengukur prestasi kerajaan baharu kerana mandat adalah untuk tempoh lima tahun.
Pemimpin PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, permintaan itu cuma satu helah agar rakyat lalai dan alpa dalam menilai pertadbiran kerajaan PH yang diketuai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dari semasa ke semasa.
“Kerajaan yang baik ialah kerajaan yang mahukan rakyatnya sentiasa prihatin, cakna dan celik politik. Kamu sendiri pun setiap hari makan politik, tidur politik, main politik, malah jamban pun hancing politik.
“Teruskan menilai dan memutuskan hari ini untuk hari ini. Hari esok belum pun hadir untuk dinilai.Jika kita leka dan lalai hari ini, esok belum tentu kita boleh segera sedar dan jaga. Kesedaran dipupuk lama,” katanya dalam satu kenyataan.
Nik Mohamad Abduh menyentuh firman Allah: “Katakan-lah, tunggulah (kamu semua).
Sesungguhnya aku juga bersama-sama kamu termasuk daripada kalangan mereka yang menunggu”.
Kata beliau, begitulah Allah mencabar mereka yang lalai dan leka daripada mengingati kedatangan azab-Nya.
“Kelalaian adalah apabila anda asyik memandang rendah dan remeh apa yang anda lihat di hadapan mata hari ini,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan