HALAMAN SANTAI

Rabu, 29 Ogos 2018

Jenayah ekonomi meningkat di Malaysia

Bernama

Lima lelaki termasuk tiga pelajar bawah umur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan seorang transgender.


KUALA LUMPUR – Jenayah ekonomi di Malaysia meningkat sejak dua tahun lalu sejajar dengan trend global, menurut Kajian Jenayah Ekonomi dan Penipuan Global 2018 oleh firma PwC.

Menurut PwC dalam satu kenyataan hari ini, sebanyak 41 peratus daripada responden mengaku mengalami jenayah seperti itu berbanding 28 peratus pada 2016.

Tambahnya,  organisasi yang berkenaan masih tidak mengambil langkah mencukupi untuk melindungi diri mereka daripada penipuan.

Katanya tingkah laku dan salah laku perniagaan mengambil tempat teratas dalam tinjauan pendapat melibatkan 45 peratus responden, mengatasi penyelewengan aset (41 peratus) dan rasuah (35 peratus) sebagai jenayah ekonomi yang paling meluas di Malaysia.

“Organisasi berasa tekanan untuk menghapuskan penipuan di peringkat tertinggi, terutama dengan kemerosotan toleransi awam untuk rasuah.

“Kami percaya mereka boleh mula dengan menangani punca masalah iaitu budaya organisasi,” kata Rakan Urusan PwC Malaysia, Sridharan Nair.

Dalam kenyataan itu, PwC berkata, berikutan Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei lalu, tumpuan untuk menangani rasuah dijangka meningkat di bawah kerajaan baru.

Kajian Jenayah Ekonomi dan Penipuan 2018 membabitkan 7,228 responden dari 123 wilayah termasuk 124 responden dari Malaysia. Kajian pendapat itu dijalankan mulai 21 Jun hingga 28 Sept 2017.

Responden Malaysia mewakili 19 industri. Lebih separuh daripada mereka ialah syarikat awam yang disenarai.

Katanya ia menunjukkan bahawa perubahan dari dalam harus menjadi bahan aktif dalam penyelesaian terhadap penipuan dan jenayah ekonomi.

“(Bagaimanapun,) untuk langkah-langkah sedemikian berkesan, eksekutif sendiri harus menggalakkan pekerja untuk bersuara dan melaporkan tingkah laku yang tidak jujur tanpa rasa takut,” katanya. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: