HALAMAN SANTAI

Rabu, 29 Ogos 2018

Malaysia mahu jadi negara pengeskport padi

Norlaile Abd Rahman

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub (tengah) bergambar bersama rakan strategik pada majlis CountDown MAHA 2018 di MAEPS, Serdang, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 29 OGOS 2018.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub (tengah) bergambar bersama rakan strategik pada majlis CountDown MAHA 2018 di MAEPS, Serdang, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK
 

SERDANG- Malaysia mempunyai visi untuk menjadi sebuah negara pengeksport padi pada masa depan.

Menteri Pertanian, Salahuddin Ayub berkata, pelbagai usaha sedang dipergiatkan untuk mencapai sasaran tersebut termasuk menggunakan teknologi terkini, baja dan sebagainya.

“Ia sebuah visi pada masa hadapan dan kita sedang berusaha ke arahnya. Buat masa ini, kita masih perlu mengimport beras dari luar untuk sekuriti makanan negara (stockpile).

“Kita menjangkakan dalam tempoh tiga atau empat tahun lagi Tahan Sara Diri (SSL) meningkat kepada 80 peratus berbanding 70 peratus ketika ini,” katanya semasa sidang media selepas melancarkan countdown Pameran Pertanian, Horikultur dan Pelancongan Agro (MAHA 2018) di sini petang tadi.

Terdahulu dalam ucapannya, Salahuddin menegaskan, selain kekuatan ketenteraan, kemandirian masa depan Malaysia adalah bergantung kepada kebolehan negara mencapai ‘kemerdekaan’ dalam aspek pengeluaran makanan.

Bagi memastikan sasaran tersebut dapat dicapai, Malaysia perlu memiliki generasi pelapis yang mempunyai kemahiran dan kemahuan tinggi dalam bidang pertanian dan asas tani, katanya.

MAHA 2018 yang akan berlangsung selama 11 hari bermila 22 November sehingga 2 Disember depan mensasarkan 3.5 juta pengunjung dengan sasaran hasil jualan berjumlah RM300 juta. -MalaysiaGazette


Tiada ulasan: