KUALA LUMPUR – Anak Perdana Menteri yang juga aktivis sosial, Marina
Mahathir membidas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan
Azizah Wan Ismail dalam isu komuniti lesbian, gay, biseksual dan
transgender (LGBT).
Beliau mempersoalkan sama ada Wan Azizah menyifatkan penyokong LGBT sebagai ‘haram’ menerusi temubual Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata itu bersama stesen radio BFM baru-baru ini.
“Kepada @drwanazizah, adakah anda memanggil ramai orang termasuk saya yang telah menunjukkan sokongan kepada mereka yang terpinggir oleh masyarakat itu haram?,” soalnya menerusi Twitter semalam.
Marina dalam masa yang sama memuat naik artikel mengenai suami Wan Azizah, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipetik sebagai berkata, rakyat Malaysia mesti hidup dengan kepercayaan dan cara hidup yang berbeza.
Timbalan Perdana Menteri itu juga sebelum ini pernah ditempelak oleh Marina yang lantang memperjuangkan kebebasan LGBT itu apabila kerajaan disifatkannya tidak mengambil tindakan sewajarnya kepada lelaki Kelantan berusia 41 tahun yang mengahwini gadis 11 tahun di Thailand. -MalaysiaGazette

Tiada ulasan:
Catat Ulasan