HALAMAN SANTAI

Sabtu, 11 Ogos 2018

KENYATAAN MAT SABU UNDANG BAHAYA PADA NEGARA


Wartawan Watan-Online




Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu sepatutnya mengelak daripada terus mendedahkan kelemahan sistem pertahanan Negara secara terbuka.

Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM), Ismail Abidin berkata pada masa sama, kenyataan menteri bahawa kedudukan pertahanan negara paling lemah di Asia Tenggara juga boleh menyebabkan anggota tentera terasa hati.

“Jangan disebabkan dendam politik kita membongkar habis perkara yang tidak sepatutnya. Tindakan itu tidak menguntungkan Malaysia sebaliknya hanya boleh menyebabkan negara terdedah dengan risiko.

“Saya harap Menteri Pertahanan selepas ini agar lebih berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan khususnya melibatkan soal pertahanan negara,” katanya kepada media pada Jumaat.

Beliau turut menambah sepatutnya Mohamad Sabu menyimpan segala kekurangan daripada umum seterusnya mencari kaedah terbaik untuk kembali memantapkan pertahanan negara.

Walaubagaimanapun, Ismail percaya Ahli Parlimen Kota Raja itu mampu menggalas tugas dengan baik namun hanya perlu sentiasa menjaga tutur kata tambahan beliau kini seorang menteri.

Tiada ulasan: