KUALA LUMPUR – Putrajaya mempunyai jalan lain sekiranya Rang Undang-undang (RUU) Cukai Jualan 2018 dan Rang Undang-undang Cukai Perkhidmatan 2018 tidak lulus di peringkat Dewan Negara.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,
Datuk Saifuddin Nasution berkata, langkah itu diambil memandangkan
kapasiti Ahli Dewan Negara yang dimiliki Barisan Nasional (BN) melebihi
daripada Ahli Dewan Negara dari Pakatan Harapan (PH).
“Sudah tentu ada beberapa jalan keluar yang diteliti
Kementerian Kewangan termasuk mendapatkan nasihat perundangan kerana ada
implikasi tertentu apabila melibatkan rang undang-undang kewangan.
“Beberapa perkara harus kita teliti apabila dikemukakan di
Dewan Negara dan sekiranya berdepan kemungkinan tidak diluluskan,”
katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.
Semalam, sidang Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-undang Cukai Jualan 2018 di peringkat dasar. -MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan