PETALING JAYA: Pilihan
Raya Kecil (PRK) N.32 Dun Seri Setia akan menjadi permulaan dalam
membina satu gelombang kebangkitan rakyat di Selangor.
Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan
Ibrahim Tuan Man berkata, kerjasama seliruh petugas supaya menjaga
peraturan menghadapi pilihan raya secara tertib, aman dan jangan
timbulkan provokasi tidak baik, supaya rakyat akan menilai serta memberi
kemenangan kepada calon PAS.
“Seluruh gerak kerja kempen pilihan raya
mesti mengikuti arahan parti dan dalam suasana media yang terbuka,
rujuk sumber rasmi parti sahaja sebagai sumber yang diiktiraf oleh
parti,” ujarnya ketika berucap selepas selesai proses penamaan calon PRK
Seri Setia di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Turut memberi
ucapan ialah Naib Presiden Umno, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dan
calon PAS, Dr Halimah Ali.
Beliau juga berterima kasih di atas
sokongan dan komitmen daripada semua pihak, serta mengalu-alukan
sokongan daripada Umno yang bertungkus lumus ingin melihat kemenangan
calon PAS dalam PRK Dun Seri Setia kali ini. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan