Peguam dan aktivis masyarakat, Siti Kasim hari ini mencetuskan lebih banyak kontroversi dengan membidas dua mufti di negara ini dalam dua hantaran berasingan di Facebook.
Hantaran terbaru, kira-kira sejam lalu, membidas Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor yang didakwa menyindir tuntutan kebebasan yang dituntut oleh komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Beliau dipetik sebagai berkata bahawa kebebasan yang dituntut oleh golongan itu "sebenarnya ialah kebebasan haiwan kerana kebebasan manusia mestilah dibatasi agama dan adat".
Siti Kasim tidak mengulas panjang tetapi sekadar berkata beliau tidak mempercayai apa yang dibacanya itu sambil menyertakan keratan berita berkenaan.
“OMFG! Adakah dia cuba samakan komuniti LGBTIQ sebagai binatang? Susah nak percaya. WTF!" tulis peguam itu dalam bahasa Inggeris.
Sasaran kedua, Siti Kasim adalah Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin yang didakwa taasub terhadap beliau.
Ini susulan saranan Mohd Asri kepada Siti Kasim untuk berdialog secara terbuka berkaitan isu LGBT.
"Saya benar-benar rasa beliau taasub dengan diri saya. Kalau tidak masakan dia mengambil kira setiap apa yang saya katakan atau buat, betul?
"Sangat melucukan apabila seorang lelaki dengan kedudukannya khuatir tentang apa yang dikatakan oleh seorang wanita.
“Saya tertanya-tanya apa yang agak yang beliau risaukan?" kata Siti Kasim dalam hantaranya di Facebook beliau hari ini.
LIHAT FB DI SINI.
DAN FB DI SINI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan