Pemimpin-pemimpin PKR berbeza pendapat
berhubung lantikan pengerusi negeri selepas jawatan itu dikosongkan
oleh Nurul Izzah Anwar bulan lalu.
Anggota Dewan Undangan Negeri Seberang
Jaya Dr Afif Bahardin berkata gesaan beliau supaya lantikan baru
dipercepat dibuat sebagai “peringatan”.
“Saya tidak bermaksud ganggu
kepimpinan parti bila buat peringatan berkaitan keperluan mengisi
kekosongan itu,” katanya kepada pemberita di Pulau Pinang semalam.
Bekas ketua Pemuda PKR (AMK) itu
mengulas kenyataan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution yang
memintanya bersabar dan menghormati kuasa presiden parti.
Saifuddin sebelum ini berkata seseorang
wakil rakyat patut fokus pada kerjanya.
Isu itu panas bermula kelmarin selepas
Afif membuat gesaan supaya kerusi pengerusi negeri diisi segera.
Izzah meletakkan jawatan itu secara
tiba-tiba bersama jawatan naib presiden PKR pada 17 Disember lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan