WAWANCARA | "Apakah Dr Mahathir
(Mohamad) suka ahli partinya 'melalak' tanpa mengikut saluran parti,"
soal Anggota Majis Tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman.
Beliau mengulas kritikan perdana menteri itu terhadap ahli dan pemimpin Umno yang dikatakan "pekak" dan "bisu" dalam isu 1MDB.
Tajuddin
berkata, beliau antara yang lantang "menghentam" ahli lembaga pengarah
1MDB selain turut menegur bekas Perdana Menteri Najib Razak dalam isu
berkenaan.
"Mahathir menghasut orang-orang dia kononnya orang Umno
ini tidak berani bersuara, "makan dedak". Tapi gunalah logik akal tak
kan semua (ahli Umno) tidak berani bersuara.
"Kita (ahli Umno) bercakap guna saluran betul, dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno. Saya antara yang lantang bersuara.
"Kita bersuara, tetapi kita tak bagi tahu dia (Mahathir), kita bercakap bukan "melalak", tak kan kita nak bagi tahu orang luar.
"Dia
(Mahathir) sendiri pun bila parti dia ada masalah, adakah dia suka
orang-orang dia melalak di luar (parti), tengok Anwar Ibrahim dan Azmin
Ali, bila Azmin bersuara terbuka Anwar kata gunalah saluran parti,"
katanya dalam satu wawancara bersama Malaysiakini.
Bukan Umno urus 1MDB
Skandal 1MDB dikatakan menjadi salah satu punca BN tumbang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 lalu.
Ia
juga turut menyakiskan bekas Perdana Menteri dan bekas ketua pegawai
eksekuitf 1MDB Arul Kanda Kandasamy berdepan pendakwaan kerana meminda
laporan akhir auit 1MDB.
Terbaru Najib ketika berkempen pada
Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands menegaskan skandal 1MDB tidak
patut hanya diletakkan kesalahan di atas bahu beliau seorang sahaja.
Beliau
berkata demikian sebagai mengulas Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang
bertanya jika Najib akan meminta maaf selepas bank Goldman Sachs
menyatakan rasa kesal terhadap peranan bekas pegawainya Tim Leissner
dalam perkara itu.
"Kami telah meletakkan sistem termasuk Goldman
Sachs dan semua juru audit, mereka sepatutnya memberitahu kami jika ada
sebarang perkara yang tidak dijangka berlaku. Kami juga ada lembaga
pengarah, pengurusan dan lain-lain lagi.
"Jadi ia
kegagalan seluruh sistem. Ia (kesilapan) tidak boleh hanya diletakkan
kepada hanya seorang saja, ia kegagalan seluruh sistem," kata Najib.
Sementara
itu Tajuddin berkata, 1MDB tiada kaitan dengan Umno, namun ia telah
dikaitkan pembangkang ketika itu kerana Najib yang juga Perdana Menteri
adalah Presiden Umno.
"Bukan
Umno yang mengurus tadbir 1MDB, bukan presiden Umno yang buat
(uruskan). Sebaliknya ia diurus tadbir oleh lembaga pengarah, pihak
pengurusan atasan 1MDB itu sendiri.
"Cuma ia dikaitkan dengan Umno seolah-olah Umno yang menguruskannya," kata Tajuddin lagi.
Dalam
pada itu Tajuddin turut menyindir Mahathir yang sebelum ini menyifatkan
pemimpin Umno "makan dedak" kerana tidak bersuara dalam isu 1MDB.
Namun akhirnya menerima penyertaan bekas pemimpin Umno yang didakwanya memakan "dedak" bersama parti itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan