HALAMAN SANTAI

Ahad, 20 Januari 2019

AG, CJ joget: Jangan jumud, Umno pun biasa menari - KJ

 

   
Bekas menteri BN Khairy Jamaluddin berkata kontroversi sekitar tarian pegawai tinggi perundangan negara dan menteri undang-undang pada majlis makan malam gala baru-baru ini tiada kena-mengena dengan isu moral.

Beliau menegaskan isu yang sebenarnya mengenai pemisahan kuasa di antara pihak eksekutif dan kehakiman.

"Isu menari ini kontroversi, bukan pasal tarian, jangan kita jumud sangat kata tak boleh ada tarian di majlis-majlis terutamanya majlis yang meraikan sesuatu.

"Kita pun biasa dalam Umno ada majlis tarian dan sebagainya janji ia tak melampaui batas yang biasa.

"Isunya adalah soal pemilihan kuasa," kata MP Rembau kepada pemberita ketika melawat Kampung Orang Asli Sungai Ruil di Cameron Highlands hari ini.

Khairy memaklumkan ramai pihak melenting apabila video tersebar menunjukkan peguam negara ketika itu Mohamed Apandi Ali dan menteri menari pada majlis sambutan hari kemerdekaan.

Bukan soal moral

Menurut bekas ketua pemuda Umno itu anggota kehakiman dan eksekutif tidak boleh bergaul di hadapan khalayak umum dalam keadaan sedemikian supaya dapat menjaga integriti dua isntitusi berkenaan.

"Bagi saya tak ada masalah tetapi ada yang kata tak sesuai atas satu pentas ada ketua hakim, peguam negara (AG) dan menteri undang-undang.

"Ini mengundang kritikan bahawa seolah-olah pemisahan kuasa itu tidak dihormati kerana mereka berinteraksi secara sosial itu saja.

"Bagi saya ia bukan soal moral tetapi soal pemisahan kuasa," jelasnya lagi.

Beliau merujuk kontroversi sekitar video yang tersebar menunjukkan Peguam Negara Tommy Thomas, Ketua Hakim Negara Richard Malanjum dan Menteri Undang-undang Liew Vui Keong menari bersama beberapa orang peguam ketika Majlis Makan Malam Gala sempena Pembukaan Tahun Undang-undang 2019.

Majlis anjuran Persatuan Undang-undang Sabah itu berlangsung pada malam Khamis lalu di Magellan Sutera Resort di Kota Kinabalu, Sabah.

LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan: