HALAMAN SANTAI

Selasa, 8 Januari 2019

IPT mungkin jadi kawasan larangan merokok

SELANGORKINI




PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia bercadang memperluaskan kawasan larangan merokok ke institusi pengajian tinggi yang dijangka dikuatkuasa tahun ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, larangan itu susulan penguatkuasaan larangan merokok di tempat makan dan dalam bangunan di kawasan Parlimen.

“Kami (KKM) sudah melakukannya di Parlimen dan restoran, dan sekarang mungkin akan memperluaskannya ke semua universiti.

“Kami merancang untuk menguatkuasakannya di semua universiti termasuk awam dan swasta. Ia mungkin dalam tahun ini,” katanya kepada media selepas majlis pelancaran Buku Fakta Industri Persatuan Farmaseutikal Malaysia (PhAMA) edisi 2018 di sini, hari ini, lapor BHOnline.

Pada 15 Oktober tahun lalu, larangan merokok dikuatkuasakan dalam bangunan di kawasan Parlimen, manakala pada 1 Januari lalu, larangan itu membabitkan tempat makan.

Tiada ulasan: