HALAMAN SANTAI

Khamis, 10 Januari 2019

Kes pecah amanah Hasanah akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUALA LUMPUR: Kes bekas Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Hasanah Abdul Hamid yang menghadapi tuduhan pecah amanah wang berjumlah US$12.1 juta akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen.

Ini berikutan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad memaklumkan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali hari ini bahawa pihak pendakwaan menarik balik permohonan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.

Mohd Nazlan kemudiannya membatalkan notis usul permohonan pihak pendakwaan itu.

Tiada ulasan: