HALAMAN SANTAI
Khamis, 10 Januari 2019
Mana Prinsip Bantah Lompat Parti? Tanya Hamidah Osman
KUALA LUMPUR – Pemimpin-pemimpin dalam Pakatan Harapan sepatutnya menentang keras tindakan lompat parti.
Kata Datuk Hamidah Osman yakni antara pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebelum menjadi kerajaan parti itu sering lantang memperjuangkan prinsip bahawa lompat parti tindakan tidak beretika.
“Ketika ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN-ADUN) daripada Pakatan Harapan ketika itu melompat parti ke Barisan Nasional rata-rata pemimpin Pakatan Rakyat yang hari itu bising.
“Malah mengatakan ini perbuatan itu tidak beretika,” katanya kepada SuaraTv.
Namun kini Pakatan Harapan tambah Hamidah hanya membiarkan kemasukan beramai-ramai wakil rakyat daripada UMNO hanya kerana ia memberikan keuntungan kepada parti itu.
“Sekarang benda itu seolah halal kenapa tidak ada yang mempertikaikan tindakan itu secara lantang. Mempertahankan pendirian lama.
“Ia dikira halal l halal semata-mata ia menguntungkan Pakatan Harapan,” ujarnya lagi.
Untuk rekod, sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 9 Mei lalu, seramai 16 orang MP telah keluar UMNO dan 12 yang menjadi wakil rakyat BEBAS namun menyatakan sokongan mereka kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Pakatan Harapan kini berbaki 29 lagi kerusi untuk meraih majoriti dua pertiga di Parlimen.
Setakat ini, parti komponen PH yang terdiri daripada BERSATU, Parti Amanah Negara (PAN), PKR dan DAP menguasai 119 daripada 222 kerusi parlimen, sementara 9 dipegang Warisan yang merupakan rakan sekutu mereka.-SuaraTv
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan