Kerajaan akan menggubal satu undang-undang baru bagi melihara kesucian institusi diraja daripada dihina dan dipersenda.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong berkata, perkara itu telah dibincangkan dengan Jabatan Peguam Negara sejak Oktober tahun lalu dan dijangka digubal pada tahun ini bagi memelihara kemuliaan institusi diraja.
Katanya, kemuliaan institusi diraja perlu sentiasa dilindungi kerana Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan.
"Kita mungkin akan merujuk kepada undang-undang yang diamalkan di negara Komanwel termasuk United Kingdom dalam penggubalan undang-undang baharu yang melindungi kemuliaan institusi diraja itu.
"Setakat ini kita masih terikat dengan undang-undang lama, tetapi pihak Jabatan Peguam Negara telah melihat ada beberapa perundangan perlu digubal dan dipinda, justeru mesyuarat akan diadakan sekali lagi pada hujung bulan ini.
"Sekiranya terdapat persetujuan daripada pihak kementerian yang berkaitan dan juga jemaah menteri, kita akan gubal satu undang-undang baharu selain membuat pindaan kepada undang-undang lain yang perlu," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan