HALAMAN SANTAI

Khamis, 10 Januari 2019

Siapa nama awak? N!


 

 

Orang kata nama kena ‘short and sweet’ baru mudah diingati dan apa-apa urusan pun senang. Kalau nama sepanjang sungai Amazon, nak isi borang pun kena ambil masa setengah jam.

 

Mungkin itulah yang difikirkan ibu bapa remaja ini yang akhirnya memilih untuk menamakan anak mereka dengan nama yang pendek, mungkin terpendek dalam dunia iaitu ‘N’.

Remaja yang 16 tahun berasal dari Bantul, Yogjakarta ini didapati hanya mempunyai satu huruf sahaja dalam kolum nama sijil pendaftaran dokumen kelahiran, mengesahkan namanya sebagai ‘N’.

Bagaimanapun, kakak dan abang N pula mempunyai nama yang lengkap iaitu Puji Lestari dan Jarot.

Remaja ini akui tidak pasti bagaimana namanya boleh berakhir dengan satu huruf dan tidak tahu apa yang bermain di dalam fikiran bapanya ketika menamakannya.

“Saya tidak tahu mengapa bapa saya hanya menamakan saya N.

“Ketika kali pertama mendaftar di sekolah, ramai yang hairan dengan nama saya ini tetapi lama kelamaan semuanya jadi seperti biasa,” katanya kepada sebuah agensi berita tempatan.

Manakala, bapa remaja itu, Wahyu Sih Nugroho, 51, pula menyatakan, memilih nama N kerana dia lahir pada bulan November.

“Saya memberi nama anak saya ini secara spontan dan kebetulan dia lahir pada bulan November, jadi saya namakannya N,” katanya.

Hmm.. entah apa agaknya cabaran yang dia hadapi oleh N dengan nama sependek itu. Bagaimana dengan anda, apa nama anda?



Tiada ulasan: