PRK CAMERON l Penampilan
bekas perdana menteri Najib Razak pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron
Highlands sesuatu yang agak luar biasa, kata Naib Presiden PKR, Tian
Chua hari ini
"Sekarang dia mengambil kesempatan menggunakan ini (PRK) menjadikan pentas dia untuk mendapatkan 'cheap publicity' (publisiti murahan)," kata Tian Chua kepada Malaysiakini.
Menurutnya, sekiranya pengundi Cameron Highlands mengambil keputusan untuk menyokong BN, ia bukan satu tanda sokongan terhadap Najib.
"Ia mungkin kerana faktor calon. Kita tidak dapat nafikan bahawa calon BN berasal dari sana. Dan juga daripada kaum Orang Asli. Dia mempunyai tarikan sendiri.
Tindakan Najib lucu
Tian Chua berkata demikian sebagai mengulas liputan media berhubung kehadiran Najib berkempen bagi calon BN, Ramli Mohd Nor.
Sementara itu, Tian Chua turut mengakui tren pengundi di Cameron Highlands masih sama berbanding dengan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Tapi, kalau kita tidak dapat kehadiran yang begitu besar dalam kadar keluar mengundi yang tinggi seperti dalam PRU, bermaksud kita akan menghadapi risiko mencapai kemenangan," ujarnya.
Tambah Tian Chua, semangat pengundi Cameron Highlands yang tinggal di luar kawasan untuk balik mengundi masih rendah.
Katanya, cuti panjang pada minggu akan datang selepas hari mengundi mungkin boleh menjadi satu punca peratus mengundi akan berkurangan pada PRK ini.
"Bukan sahaja Cina, malah India dan semua kaum. Jadi, orang yang kerja diluar nak mengambil cuti, dia fikir dalam keadaan tidak krisis atau tidak akan menukar apa-apa semangat pengundi luar ini kembali mengundi masih rendah," jelasnya.
Selain Ramli, PH meletakkan calon DAP M Manogaran bertanding di kerusi ini dalam pertembungan empat penjuru antara calon BN dan dua calon bebas.
Kerusi Cameron Highlands disytiharkan kosong susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya di Kuala Lumpur yang membatalkan keputusan 9 Mei tahun lalu atas alasan terdapat amalan rasuah yang menyaksikan kemenangan kepada BN.
Hari mengundi diadakan pada 26 Januari ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan