HALAMAN SANTAI

Selasa, 8 Januari 2019

NGO desak SPRM, PAC siasat Suruhanjaya Syarikat Malaysia

MALAYSIAKINI

   

Pertubuhan Kebajikan Bersatu Selangor hari ini menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan wujud unsur salah guna kuasa dan rasuah dalam projek-projek berimpak tinggi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Pengerusi pertubuhan itu, Muhammad Nadzri Abdullah berkata memorandum berkenaan merangkumi fakta-fakta pendedahan yang dibuat Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Mokhtar Radin di Parlimen pada 12 Nov lepas mengenai kepincangan projek-projek utama SSM.

Beliau memberi contoh di mana SSM dikatakan memberi projek secara terus kepada sebuah syarikat dan bukan dibuat secara tender terbuka.

“Kami berharap tiada urusan secara terus di SSM. Kami minta SPRM menyiasat secara terperinci isu ini,” katanya ketika ditemui pemberita sebelum menyerahkan memorandum itu di Ibu Pejabat SPRM hari ini.

Muhammad Nadzri turut mendakwa individu atau syarikat yang sama sering mendapat projek-projek SSM dan berharap Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dapat melakukan siasatan berhubung isu yang sama.- Bernama


Tiada ulasan: