Menurut Hakim Malanjum, peruntukan berkenaan dibenarkan dalam Kanun Keseksaan.
Langkah itu, katanya, juga boleh membantu mengurangkan kesesakan di penjara.
"Langkah ini telah dilaksanakan di Sabah di mana saya rasa ia berjaya. Mereka (pesalah) akan memakai pakaian (penjara) ketika menjalani kerja-kerja perkhidmatan masyarakat.
"Ketika berhadapan dengan orang awam (semasa melakukan kerja-kerja perkhidmatan masyarakat), mereka akan malu, daripada menghabiskan masa satu atau dua minggu di penjara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Tahun Undang-Undang.

Katanya, badan kehakiman juga telah melaksanakan banyak pembaharuan pada tahun lalu, termasuk memperkenalkan sistem e-pengundian di mana hakim Mahkamah Persekutuan yang akan membicarakan sesuatu kes dipilih secara rawak dan bukannya oleh ketua hakim.
Hakim Malanjum berkata sistem e-semakan pula membantu peguam menguruskan kes kerana mereka boleh melakukannya dari pejabat atau rumah.
"Kami bersimpati dengan peguam yang terpaksa membawa beg berat ke mahkamah. Kami selesaikan dengan menggunakan teknologi,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan