HALAMAN SANTAI

Isnin, 7 Januari 2019

PPBM TAK PERLU MASUK SABAH – SHAFIE

Wartawan Watan-Online

Hasrat PPBM untuk masuk ke Sabah nampaknya kurang disenangi parti Warisan yang dipimpin Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Mohd Shafie yang juga Ketua Menteri Sabah berkata, partinya yang memberi tumpuan di Sabah dan PPBM perlu terus mengukuhkan kedudukannya di Semenanjung Malaysia.

“Saya sudah beritahu mereka pendirian kami sebelum pilihan raya umum lagi.

“Ketika itu PPBM dengar kata saya dan saya berharap mereka akan terus berbuat begitu sekarang,” katanya kepada wartawan selepas menghadiri Rumah Terbuka Krismas Warisan di Kota Kinabalu, Ahad.

Presiden Warisan itu berkata demikian ketika mengulas khabar angin wujudnya rundingan antara partinya dan PPBM yang merancang masuk ke Sabah.

Hasrat itu timbul selepas beberapa bekas ahli Umno mahu membawa parti dipengerusikan Tun Dr Mahathir Mohamad itu ke negeri itu.

Shafie berkata Warisan adalah parti mesra Pakatan Harapan (PH) dan mustahak kesepakataan antara negeri dan Putrajaya terus diperkukuh berbanding menubuhkan cawangan Bersatu di Sabah.
 

Tiada ulasan: