SPRM hampir menyelesaikan kes siasatannya terhadap projek
Kementerian Dalam Negeri untuk membina sistem IT baru bagi Jabatan
Imigresen.
Walau bagaimanapun, sumber yang dekat dengan pihak berkuasa menjelaskan ini tidak bermakna SPRM menutup fail siasatannya dalam kes ini.
"Pada mulanya, kami melancarkan siasatan selepas menerima maklumat kemungkinan berlaku rasuah dalam projek yang dirancang untuk membina sistem bersepadu imigresen dalam talian.
"Didakwa syarikat lain telah dipilih untuk melaksanakannya, iaitu untuk menggantikan projek Sistem Kawalan Imigresen Nasional (Skin) yang dibatalkan.
Tender belum muktamad
"Bagaimanapun, siasatan yang dilakukan terhadap tuduhan ini mendapati tiada bukti kukuh mengenai dakwaan penyalahgunaan kuasa berkenaan memandangkan tender itu belum diberikan kepada sesiapa lagi," kata seorang sumber.
Sumber
lain mengatakan sukar untuk membuktikan unsur-unsur rasuah, jika ada,
apabila proses tender masih belum pun dimuktamadkan lagi.
"Bagaimanapun, jika ada maklumat baru untuk menunjukkan terdapat unsur rasuah atau
penyalahgunaan kuasa, kami akan membuka kembali penyiasatan ini," kata sumber itu.
Minggu lepas, dilaporkan SPRM sedang menyiasat jika ada unsur penyalahgunaan kuasa dan rasuah dalam Kementerian Dalam Negeri.
Sumber yang rapat dengan siasatan tersebut memberitahu Malaysiakini mereka menerima maklumat bahawa perubahan mendadak jawatan pengarah jabatan imigresen baru-baru ini boleh dikaitkan dengan percubaan untuk memberi projek kepada sebuah syarikat.
Bagaimanapun,
Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin, pada 18 Januari lalu
mengeluarkan kenyataan menafikan projek itu telah diberikan kepada
syarikat yang dikaitkan dengan seorang pegawai kanan kementerian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan