HALAMAN SANTAI

Khamis, 24 Januari 2019

Tiada lagi rumah mampu milik di kawasan ‘jin bertandang’

   

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata kementeriannya akan bekerjasama dengan kerajaan negeri Pahang untuk mendapatkan tanah yang sesuai untuk projek perumahan mampu milik di negeri itu.

Menurutnya, kementerian akan mengelakkan daripada menyediakan tanah di kawasan "jin bertandang" yang lazimnya terletak jauh dari pelbagai kemudahan dan pengangkutan awam sehingga membebankan rakyat.

"Dalam dasar perumahan baru, dasar rumah mampu milik, saya minta kerajaan negeri untuk menawarkan tanah-tanah yang sesuai agar dapat dibangunkan rumah mampu milik

"Tapi sampai sekarang kita tak dapat lagi terima senarai nama tanah-tanah yang sesuai dibangunkan.

"Kalau tanah-tanah yang diberikan kerajaan negeri (itu) mestilah tanah yang sesuai, bukan tanah yang hujung tempat jin bertandang.


“Saya tak nak (tanah seperti itu)," katanya kepada pemberita ketika sesi bertemu penduduk di Felda Sungai Jelai 1, Pahang hari ini.

Katanya, antara kriteria yang perlu bagi perumahan mampu milik, adalah tanah berkenaan harus berdekatan dengan pengangkutan awam dan pelbagai kemudahan untuk penduduk setempat.

Zuraida berkata demikian ketika lawatan berkempen dua hari bagi Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands yang bakal berlangsung 26 Januari

LIHAT VIDEO DI SINI



Tiada ulasan: