Seorang pegawai kerajaan direman lima hari bermula hari ini
bagi membantu siasatan berkaitan kes meminta suapan bernilai RM2,000
sebagai dorongan meluluskan tuntutan bayaran sebuah syarikat
keselamatan.
Pada November 2017, tertuduh yang berusia 43 tahun dan bertugas sebagai penolong pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah Port Dickson, telah didakwa meminta wang rasuah berjumlah RM2,000 daripada pengurus sebuah syarikat keselamatan sebagai dorongan meluluskan tuntutan Tugas Pengawal Keselamatan bagi bulan Oktober 2017.
Sekiranya pengurus terbabit tidak memberikan wang seperti yang diminta, tuntutan tugas pengawal keselamatan syarikat tersebut tidak akan diluluskan.
Pada 16 Nov 2017, pengurus syarikat keselamatan tersebut telah memasukkan wang berjumlah RM 2,000 ke dalam akaun CIMB Bank milik tertuduh.
Tertuduh telah ditahan semalam kira-kira pukul 3.10 petang di Pejabat SPRM dekat PD.
Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan atau yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
-- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan